Saturday, 11 October 2014

Kurma Merah a.k.a red dates


Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal red dates. Melayu panggil kurma merah. Bagi kalangan melayu mungkin tak berapa nak femes red dates ni, tapi sangat digemari oleh chinese, korean and etc... Sebab ape? Sebab red dates ni banyak khasiatnya. 

Ok, nak di jadikan cerita, actually sehari sebelum hari raya aidiladha yang lepas, aku pegi la wet market dekat SS15 nk beli barangan untuk masak raya. Kebetulan lalu depan uncle yang menjual chinese herbs tu, so aku pun beli la red dates. Alkisahnya bila dah sampai rumah and nak rebus, aku cari punya cari, tapi hairan sebab takde. Aku masuk balik dalam kereta cari tak jugak jumpa. Aku try recall balik apa yang aku buat lepas beli semua, aku rasa aku tak ambil. Lepas aku bayar, aku terus blah camtu jek.. hehehee.. 
Nak pegi semula ke sana memang tidaklah sebab jem weh.. ramai orang, menyampah aku. Esok pulak dah raya, lantak pi la.

Dan weekend pulak, rutin biasa aku memang akan pegi wet market beli barang nak masak, so aku teringat pasal red dates tu, dalam hati aku niat aku memang nak beli jek la yang laen sebab tak mungkin la uncle kedai tu boleh ingat muka aku ni. Sampai kat depan stall dia aku senyum and aku cakap aku nak beli red dates, uncle tu bila dia pandang aku, terus dia cakap, "amoi, u ada beli red dates last week kan, tapi u tak ambil pegi, saya pegi cari u tapi u sudah tak ada". Aku terkejut sebab uncle tu boleh recognize muka aku, aku senyum bodoh and jawab, "eh, uncle u ingat sy ar? ya la uncle, sy pun sudah sampai rumah, cari red dates takde, hehehee". Uncle tu cakap lagi, "it's ok, i bagi u yang baru, u tak payah bayar lagi, sebab u sudah bayar last week". Uncle tu terus prepare yang baru and bagi kat aku. 
Wah, i really respect that uncle coz being so honest. Thank you so much uncle, may your business doing well. May God bless him. 

Macam mana aku guna red dates, barley seed and aloe vera?

Aku memang suka minum air rebusan red dates ni, aroma dia memang best, and taste dia pun aku suka. 



Selalu aku akan campur dengan barley seed yg aku dah rebus jgk.. best weh, sedap sangat and of course good for health.
And aku beli kali ni sebab aku nak masak red dates ni dengan aloe vera. Ada sesapa yang jakun ke kat sini? "Eh, aloe vera boleh makan ke?" Sure ada yang tertanya-tanya soalan tu kan.
Ok, aku nak bagi tau ni, aloe vera tu boleh dimakan ye. Bila masak abil isi aloe vera tu jek, kulit dia buang. Bila dah dibersihkan, aloe vera tu akan berupa seperti jelly tau. And bila masak letak gula batu sekali. Rasa dia takdela pelik pun, boleh la diterima tekak aku yang agak cerewet ni. Sedap jugak. Kalau boleh guna aloe vera yang besar-besar tu. ermm.. yummy. 

Cube la try kalau tak percaya. Sangat baik untuk kesihatan tau. Antara kebaikan red dates ni ialah baik untuk antioksidan, menambahkan tenaga, menguatkan otot, mengawalatur peredaran darah dan dapat menenangkan fikiran and etc.. insyaAllah..
Antara khasiat barley seed pulak, dapat mengurangkan kolesterol, jadikan usus sihat, boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan juga jantung, boleh menyejukkan badan dan banyak lagi. 
Aloe vera ataupun lidah buaya pulak kaya dengan vitamin A, C dan E serta asid folik, choline, B1, B2, B3, B6 dan B12 di samping mineral seperti kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi. Boeh membantu kurangkan lemak didalam darah, kurangkan simptom alahan, mencantikkan dan menyihatkan kulit serta merawat masalah seperti jerawat, luka kecil, psoria sis, gigitan serangga, melecur dan memudarkan parut yang masih baru.
Ok, sebenarnya banyak lagi khasiat benda-benda yang aku mention kat atas, sila rajinkan jari meng 'google'. 

Kbhai.




No comments:

Post a Comment