Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah kerana mengurniakan kesihatan yang baik kepada kedua mak dan ayah. Semoga dipanjangkan usia mereka supaya aku dapat berbakti dan bersama mereka bergelak ketawa dan membahagiakan mereka. Akan aku kenang segala ingatan bersama mereka selamanya.
Aku tahu, dunia ini hanyalah pinjaman dan pentas lakonan untuk kami semua. Ya Allah, tidak terungkap rasanya perasaan kasih dan sayang aku kepada mereka. Tanpa mereka tiadalah aku di dunia ini.
Mak dan Ayah,
Terima kasih mak dan ayah kerana telah melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang dan tidak terbanding dengan apa sekalipun. Terima kasih kerana telah menghantar aku belajar sehingga aku menjadi siapa diri aku sekarang. Walaupun tiadalah jua kaya raya, tapi aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah, syukur Ya Allah dengan kurniaan rezekiMu kepada kami sekeluarga.
Sesungguhnya tiada kasih sayang yang setulus kasih kamu berdua. Tidak dapat di bayangkan kehidupan tanpa Mak dan Ayah. Nampak perbezaan wajah mereka dulu dan sekarang. Terlihat garis-garis tua di wajah mereka dimamah usia. Owh.. sedihnye.. Aku sayang yang teramat pada mereka berdua. Rasa rindu tinggal berjauhan dengan mak ayah.
Hanya doa dapat di kirim kepada mak dan ayah, semoga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, diredhai Allah selalu. Semoga kita akan berjumpa dengan kerap, walaupun ratusan kilometer memisahkan kita.
Oteh sayang Mak dan Ayah melebihi sega-galanya. Kasihmu membawa ke Syurga.
Ya Allah, berkatilah mereka dan berharap mereka sentiasa berada di bawah lindungan Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah kerana mengurniakan kesihatan yang baik kepada kedua mak dan ayah. Semoga dipanjangkan usia mereka supaya aku dapat berbakti dan bersama mereka bergelak ketawa dan membahagiakan mereka. Akan aku kenang segala ingatan bersama mereka selamanya.
Mak dan Ayah,
Terima kasih mak dan ayah kerana telah melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang dan tidak terbanding dengan apa sekalipun. Terima kasih kerana telah menghantar aku belajar sehingga aku menjadi siapa diri aku sekarang. Walaupun tiadalah jua kaya raya, tapi aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah, syukur Ya Allah dengan kurniaan rezekiMu kepada kami sekeluarga.
Sesungguhnya tiada kasih sayang yang setulus kasih kamu berdua. Tidak dapat di bayangkan kehidupan tanpa Mak dan Ayah. Nampak perbezaan wajah mereka dulu dan sekarang. Terlihat garis-garis tua di wajah mereka dimamah usia. Owh.. sedihnye.. Aku sayang yang teramat pada mereka berdua. Rasa rindu tinggal berjauhan dengan mak ayah.
Hanya doa dapat di kirim kepada mak dan ayah, semoga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, diredhai Allah selalu. Semoga kita akan berjumpa dengan kerap, walaupun ratusan kilometer memisahkan kita.
Oteh sayang Mak dan Ayah melebihi sega-galanya. Kasihmu membawa ke Syurga.
Ya Allah, berkatilah mereka dan berharap mereka sentiasa berada di bawah lindungan Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
No comments:
Post a Comment