Friday, 26 September 2014

Sweet September

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
Thank you Allah for giving me another year to treasure.. another day to breath.. 
Yes, today is my day, my born day.. 26 September 19_ _
Dan jugak tidak dilupakan, today also my father's birthday. Yes, i'm sharing my birth date with my dad... My dad turned 79 years old today.. Alhamdulillah..
Semoga Allah mengurniakan ayah kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki untuk ke Mekah lagi, di berkati dah dirahmati, dipanjang jodoh dengan mak oleh Allah di dunia dan juga di akhirat. I miss you both so much....  Berharap semoga kita boleh berkumpul dan dipertemukan lagi nanti.. InsyaAllah, Amin Ya Rabbal


Tuesday, 16 September 2014

Aku Sayang Mak Dan Ayah Selamanya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah kerana mengurniakan kesihatan yang baik kepada kedua mak dan ayah. Semoga dipanjangkan usia mereka supaya aku dapat berbakti dan bersama mereka bergelak ketawa dan membahagiakan mereka. Akan aku kenang segala ingatan bersama mereka selamanya. 

Aku tahu, dunia ini hanyalah pinjaman dan pentas lakonan untuk kami semua. Ya Allah, tidak terungkap rasanya perasaan kasih dan sayang aku kepada mereka. Tanpa mereka tiadalah aku di dunia ini.


Mak dan Ayah, 

Terima kasih mak dan ayah kerana telah melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang dan tidak terbanding dengan apa sekalipun. Terima kasih kerana telah menghantar aku belajar sehingga aku menjadi siapa diri aku sekarang. Walaupun tiadalah jua kaya raya, tapi aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah, syukur Ya Allah dengan kurniaan rezekiMu kepada kami sekeluarga.

Sesungguhnya tiada kasih sayang yang setulus kasih kamu berdua. Tidak dapat di bayangkan kehidupan tanpa Mak dan Ayah. Nampak perbezaan wajah mereka dulu dan sekarang. Terlihat garis-garis tua di wajah mereka dimamah usia. Owh.. sedihnye.. Aku sayang yang teramat pada mereka berdua. Rasa rindu tinggal berjauhan dengan mak ayah. 

Hanya doa dapat di kirim kepada mak dan ayah, semoga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, diredhai Allah selalu. Semoga kita akan berjumpa dengan kerap, walaupun ratusan kilometer memisahkan kita.

Oteh sayang Mak dan Ayah melebihi sega-galanya. Kasihmu membawa ke Syurga.
Ya Allah, berkatilah mereka dan berharap mereka sentiasa berada di bawah lindungan Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin. 





Aku, Dia & ...

Assalamualaikum...
Hello...
Hi...

Lama aku menyepi tak menjenguk blog ni.. Suram jek rupa..
Takpela.. aku tulis blog ni hanyalah untuk diri aku sendiri... kalau ada orang yg sudi baca, terima kasih banyak2.. aku appreciate sgt..
Dan lagi, bila satu hari nanti usia dah masuk maghrib nak ke isyak.. boleh la aku tengok2 cerita mengarut yang aku karang dalam ni... haaa.. best kan.. ada jugak memori sengal yg aku share dalam ni.. 

ok, entri ini kalilah.. aku nk cerita tentang seseorang. sapa seseorang tu? adalah.. rahsia.. hanya aku, dia dan Allah jek yang tau. my dirty little secret.. hahaa.. (ayat tak boleh blah). hmm whatever.. orite2 nak cerita la ni.. ok, fokus, fokus...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
MHN, nama singkatan bg seseorang yang aku sangat hargai. satu ketika dulu pernah bermaharajalela dalam salah satu sudur jantung aku. tapi aku tak sure, ventricle left or right, dekat valve ke, myocardium ke.. tapi.. yang PASTI MHN pernah duduk kt situ.. Lama weh.. lama yang amat.. kenapa aku cakap lama sbb dulu, kini dan selamanya memang masih bersembunyi kt dalam tu. walaupun tidak seperti dulu, tapi jauh di sudut jantung aku, perasaan aku masih bersisa untk MHN dan tak pernah berubah. 

Sampai mati aku takkan pernah untuk melupakan seseorang yang aku gelar MHN ni.. 

Nak kata dia jambu, tak pun. nak kata dia hensem, boleh la. nak kata dia baik, kau ghase??? nak kata dia romantic, boleh-boleh la.. nak kata dia tinggi, tegap, average jek, nak kata dia cerah berseri, bg aku sedap mata memandang la.. ok, cukup setakat ini aku punya description untuk MHN.

Ada benda yang buat aku rasa menyesal sampai sekarang.. nak tau ape? kau ghase?? 
sebab aku tak pernah fight untuk memenangi hati dia.. masa aku kenal MHN, sebenarnya dia dah berpunya. dia dah ada calon isteri ok.. tapi masih belum sah ketika itu. tapi.. tu la.. aku tak fight untuk dapatkan dia jadi milik aku. sebabnye... sebab bagi aku, kenapa aku nak rampas hak orang.. mungkin bukan jodoh aku dengan dia. ok aku terpaksa redha dalam pasrah. 

Masa berlalu, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun... tapi hati aku tetap macam tu. masing2 dah ada life sendiri, tapi aku sentiasa ingat kat dia.
Well, tak salah kan aku simpan dia dalam jantung aku.. bukan buat ape pun.. hikhik..
jika kehidupan kedua itu wujud, aku akan cari kau sampai jumpa. (pinky promise)

So, sebelum aku menutup mata meninggalkan dunia ni, aku nak buat pengakuan kt dia, dia, dia, dia, yes dia MHN. (sila baca abes tau)

Hi MHN,
i nak bagi tau u ni, i masih sayangkan u, sungguh..
perasaan tu tak akan mungkin berubah sampai bila-bila..
tapi, dengan keadaan sekarang, i akan sayang u sebagai seorang teman yang sangat i hargai. dan i harap our friendship will last till the end.
i love you to the moon and back and back to the moon again, and bla..bla..bla..bla

Friendship Forever, 
Onlyme
(only Allah knows)
.
.
.
.
.
.
.
Orite, sekian entri kali ini. agaknye buang tebiat aku arini.. hehehee.