Sunday, 30 October 2016

Tips Nak Tukar Duit


Assalamualaikum...WBT

Hi.. memandangkan tinggal beberapa hari jek lagi untuk berlepas ke Korea, jadi aku agak rajin mencari money changer yang menawarkan rate yang menarik. Iyela.. sekarang ni ringgit malaysia agak menjunamkan, jadi.. untuk tukar duit ke matawang negara lain ni agak liat la sikit. Tapi, nak tak nak aku kena tukar jugak.

Adik aku yang bekerja di Pertama Kompleks ada bagitau, kalau nak tukar duit ke matawang asing, di galakkan tukar pada hari Isnin dan Selasa. Dia kata, dia dapat tips tu ketika dia membuat tukaran duit di money changer di SOGO. Menurut kata pekerja di money changer tu jugak, harga matawang asing akan perlahan-lahan meningkat bermula hari Rabu dan seterusnya. Aku tak pasti sahih atau tak sebab aku tak monitor benda tu.
Aku ada mintak tolong adik aku cek rate money changer SOGO tu sebab dia lalu situ setiap hari untuk pegi kerja, tapi biasalah.. dia malas sikit ye. So, aku mintak dia tolong jugak cek rate Korean Won. Hari Isnin, 24 Oktober rate dalam 3.77 katanya.
Hari Selasa, rate naik sikit. Hari Rabu rate dah masuk 3.79, hari Khamis dia cuti.
Hari Jumaat dia cek harga dah makin mahal. Memang aku cancel terus la. 
Ari Sabtu adik aku bagitau rate dia makin mahal, 3.82... hmmm

Malam sebelum tido aku cari dekat encik Google lagi dan terjumpa la satu website ni yang agak menarik diantara website2 yang aku cek. Aku bukan setakat cek bodo2 gitu, aku siap call beberapa money changer berdekatan tempat aku tinggal la, especially Subang Jaya hehehe Tapi rate yang diorg offer mmg agak mahal. Memang banyak blog orang suggest pegi sana sini, tapi disebabkan aku ni tak rajin ye nak merayap sana sini.. Buang masa, buang tenaga, buang minyak... Pendek kata, aku MALAS.. huahuahaha
Aku pun maintain dengan satu website ni. Aku ingat hanya ada kat KL, tapi dia ada beberapa branch termasuklah di AEON Mall Shah Alam. Kira itu adalah tempat yang paling hampir dengan aku hehehee.. Korg nampak tak kemalasan aku di situ. Mesti korang dah marah-marah aku sebab banyak membebel kan.. Tak sabar nak tau kan ape ke namanya.. hahhaha

Sabo sikit ye.. Ni nak umum la ni.. Nama money changer tu ialah SKYXCHANGE yang terletak di dalam AEON Mall Shah Alam. Senang jek kot nak cari sebab, dekat mall yang beso dinosour ni cume ada satu je money changer yang terletak betul2 bersebelahan dengan UNIQLO ok.. Dekat ground floor jek.

Masa aku ushar malam2 tu rate dia 3.75... Hati aku berkata, kalau esok dia masih maintain 3.75 aku memang kena pergi tukar sebelum rate lagi mahal. Pagi sabtu aku cek lagi, still maintain 3.75.
Tengahari dalam pukul 2:30pm aku pun zassss ke AEON Mall. Seperti yang aku tengok kat website, rate memang still sama. Aku pun ape lagi.. tukar terus lerr...

So, aku memang suggest korang pegi kat sini sebab area subang jaya mahal sgt. Friday aku call 2 money changer kat Subang parade, rate dia above 3.77. Aku call money changer kat paradigm 3.82. Money changer kay sunway pyramid pun sama. Jadi, after homework aku, memang SKYXCHANGE money changer ni offer the best rate.
Arini Sunday, aku cek rate dia dah naik 3.76. Jadi, pilihan aku untuk tukar semalam tu memang terbaik la hahhaha 

Okok.. aku penat.. Len kali sambung membebel.. 
Wassalam

Onlyme... 
Sesambil baca meh dengar lagu ni hehhehe...

Tip Ke Korea Musim Luruh / Autumn


Assalamualaikum...WBT

Alhamdulilah.. berkesempatan lagi nak membebel dalam blog ni.
Ok, tajuk post kat atas memang best kan. I'm counting the days yawww... Nak holiday la katakan. Sapa tak suka pi holiday, lebih-lebih lagi ke luar negara hokay.. Kalau nak ikutkan, last year December masa winter aku dah ke Korea. Tapi, Alhamdulillah.. Nampaknya tahun ada rezeki ke sana lagi, tapi dalam musim luruh. Tak pernah pegi Korea musim luruh ni weiii. Jadinya, i am so excited.. 2 kali sebelum ni aku pegi time winter dimana aku tak suka.. sejuk terbabas. Aku tak tahan la sejuk-sejuk yang melampau ni..

Jadi, memandangkan aku akan pergi pada Autumn, aku dah plan nak pergi ke Nami Island, walaupun orang cakap takde ape pun dekat Nami tu, nak pergi buat pe. jauh pulak tu. Weii aku bukan tinggal kat Korea, jadi apa salahnya kali ni aku plan nak jejak ke Nami Island tu kan. Itinerary aku kat sana, aku dah plan. Harap menjadi as per plan. Mohon semoga Allah permudahkan urusan aku sekeluarga di sana.

Disebabkan aku tak pernah pergi Korea pada musim Autumn, aku sangat blur bab nak pack pakaian. Pakaian jenis ape yang aku nak bawak ni? Pening lalat aku dok fikir. So, aku pun menGOOGLE cari tips... Thank you encik GOOGLE.. :)

So, aku pun nak share kat korang yang mungkin memerlukan, apa yang perlu di bawa kalau nak travel ke Korea. 

1. Passport
- Passport tersangatlah penting. Tanpa passport tiket kapal terbang pun korang tak boleh nak beli oiii. Hahahaha Kalau ko hebat, beli la tiket kapal terbang pi luar negara guna IC, dalam mimpi pun belum tentu dapat.

2. Duit (wang tunai)
- Diharap korang tukar la duit siap-siap sebelum pergi. Jangan terkocoh-kocoh last minute. Klau korang dah sampai airport baru nak tukar boleh juga. Tapi, bank punya rate mahal, rugi ooo. 
Nanti kalau rajin aku akan share, kat mana aku tukar duit k.

3. Pakaian
Pakaian bergantung kepada ramalan cuaca kat sana. Sebab aku menginap, aku tempah melalui Airbnb, so aku pilih the whole apartment. Harga lebih kurang macam hotel, and murah lagi sebenarnya kalau pandai cari siap dapur, washing machine.. best ooo.. Jadi, aku tanya host tu je. cuaca macam mana kat sana and pakaian apa yang sesuai dibawak. Host pun sangat friendly, dia akan bagitau satu-satu ok. So, as a general information, kalau pergi awal November, tak perlu bawak winter jacket bagai, cukup sekadar bawak jaket ataupun windproof jacket. Kasut pun penting.. bawak kasut yang sesuai, sebab semua subway banyak tangga wei. Jadi harap maklum la, turun naik tangga memang banyak kali la.

4. Keperluan lain
-Toiletteries tu penting, especially i'm a girl.. Tapi boleh jugak cek dekat tempat menginap tu nanti macam mana. Apa yang mereka sediakan. If diorg dah sediakan shower gel, shampoo, towel, aku nasihat tak perlu la bawak lagi dari sini. Aku bukan Che'Ta.. heheheh
Berus gig and ubat gigi penting and of course my personal face cleanser, moisturizer and etc. 
Universal adapter adalah antara benda wajib untuk dibawa. Kalau host rumah ada sediakan lagi bagus. Sesetengah host di Airbnb, diorg siap bagi pocket wifi/egg wifi. Link utk pocket wifi tu adalah sebagai reference jek tau. Korang boleh cari kat encik GOOGLE k.

5. Makanan segera
- Kebiasaannya aku tak pernah bawak pun. Tapi kali ni aku nak bawak mee segera, corn flakes hehehhe Sebab aku duduk tempat yang ada sediakan dapur yeaaa
Lagipun makanan kat Korea agak mahal ye, lebih-lebih lagi matawang kita yang semakin teruk ni.. Phewww

Ok, aku harap info ni agak berguna untuk korang yang plan nak pergi travel ke Korea masa Autumn ni.


Onlyme...