Assalamualaikum...WBT
Hi... Ingat tak dulu aku janji nak cerita tentang tempat shopping pakaian winter yang best dan murah. Maaf la sebab dah berbulan baru aku tunaikan janji itu.. heheheee
Last year, aku pi short trip ke Korea.. For a few days only. So, sebelum pergi tu mesti aku soping barang-barang winter sebab masa tu time christmas. Jadi, memang sangat sejuk. Actually aku beli tak banyak sebab aku pernah pergi kesana tahun 2010, time winter jugak. Jadi, mana yang dah ada aku tak beli lagi.
Korang mesti nak tau kan kat mana tempat soping tu. So kat bawah ni aku akan sertakan gambar-gambar yang sempat aku snap masa aku pi soping dulu.
Nama kedai ni ialah Kok Kong Winter Wear, terletak di Jalan Loke Yew, Pudu. Aku datang dari arah Subang Jaya, masuk federal highway. Senang giler la nak pi sini. Kedai ni buka seawal jam 9 pagi. Masa aku pegi dulu, pukul 9 pagi tu aku dah sampai. Best la, sebab masa tu orang takde lagi. Kemain sakan lagi aku try baju sana sini... hehehe
And lagi satu, sales person diorang sume sgt friendly and siap tolong bagi recommendation lagi nnt.
Winter shoes / legging. Harga pelbagai. Aku beli selai legging baru, and material dia memang best. Harga sangat berpatutan.
Kids winter wear dan sweater / pakaian winter untuk kanak-kanak. Cantik2 and comel2 ok.. Harga sangat affordable.
Pelbagai scarfs, shawl, ear muff, glove and socks dijual. Sorry takde piture glove kat sini.
Pelbagai winter jacket untuk lelaki dan wanita. Korang pilih la sampai lebam. Harga sangat berpatutan.
Sweater untuk winter, cencantik. Sediakan duit la ye kalau nak soping sini.
Cantik kan winter jacket ni, very colorful. Cam warna candy pun iye jgk. heheh
Ini salah satu contoh winter jacket untuk kanak2. Dalam dia ada bulu2.. Harga berbeza2 ye bg setiap design.
Ini pandangan dari luar, jacket sama yang atas ni.
Ermm tgk tu. Dalam baju tu material dia bulu2. Kalau pakai kat mesia, meleleh2 la peluh korang.
So, amacam. Dah puas cuci mata? Kalau nak puaskan hati lagi, sila pegi sendiri and korang boleh banding harga dengan kedai2 lain yang jual pakaian winter ni weiiii... Jangan menyesal kemudian hari. Tak guna dah. Sebelum beli, make sure korang masuk kedai2 yang jual benda yang sama dan compare harga. Pedulikan orang kedai tu nak ckp ape, janji korang jangan malas.
But, if korang tido pun dengan lautan duit, takde hal kalau nak korang nak beli kat tempat2 yang memang well known brand ni. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Belanja ikut kemampuan.
Akhir kata dari aku, selamat bercuti-cuti utk sesapa yang plan nak bercuti tu. Jangan lupe buat checklist. Apa nak bawak, apa nak beli. Tempat korang nak menginap pun nanti sangat penting. Jangan lupe tau. Kbhaiiiii
Onlyme