Monday, 18 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ 2016


Assalamualaikum...WBT

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Terima kasih Allah. Untuk kesekian kali, Kau beri aku kesempatan untuk menyambut hari kemenangan seluruh umat Islam tahun ini bersama insan-insan kesayanganku... Syukur padamu Ya Allah... Dapat aku pulang ke kampung halaman menatap wajah mak dan ayah..
Sedih dan sayu rasa hati bila menatap wajah mereka~~~ Terlihat garis-garis halus di wajah mulus itu.. Aku sentuh lembut wajah ayah.. Untuk mengelak aku mengalirkan airmata, aku terus cakap kat ayah, "hihii..comelnye.. ayah, banyak dah kedut kat muka ni, dulu tegang jek.." berderai ketawa kami semua...
Jauh didalam hati aku, sayu yang teramat sangat.. Dalam hati, aku panjatkan doa pada Allah supaya memberi mereka kesihatan yang baik supaya aku boleh lagi bertemu dan membalas budi mereka, dimurahkan rezeki, diberi kesenangan di dunia akhirat, diampunkan segala dosa mereka dan pelbagai doaku buat mereka.

Seronok sungguh dapat beraya di kampung sendiri... Rasanya setiap tahun aku nak raya kat kampung.. Kalau diizinkan Allah, teringin betul aku balik kampung seminggu sekali, menjenguk kedua mak dan ayah.. Hmm tapi apakan dayaku.. Aku ada tanggungjawab disini (kije la woiii). (mood sedih...)

Okok... enough nak sedih-sedih bagai.. Jom layan gambar raya kami ok..  Sebenarnya ramai lagi adik-beradik aku, tapi ada yang balik raya ke dua, ada jugak yang sampai raya ke tiga.. so, raya pertama ni, kami-kami jek la selepie reramai... Aku letak 2 - 3 keping jek jadila yek...hehheh Aku jugak yang tatap nanti.. ngeehehee

Onlyme


Hi.. 

 Dari kiri depan: Me & Mak (Puan Hajjah Jah Binti Hassan)
Kiri Belakang: Adik Piere & Kakcik Yattchai
Dari kiri: Me, Kakcik Yattchai, Mamat (husband kakcik), Adik Piere

Baju hitam with sunglass tu ayahanda aku, Tuan Haji Md Yusoff Bin Haji Ariffin.
Kakcik Yattchai, Me,  Mamat (husband kakcik), Adik Piere