Friday, 16 May 2014

Remembering MH370

Assalamualaikum... WBTAgak lama aku tak update blog ni. Padahal takdelah busy mana pong. Cuma, rasa malas nk open. Tetiba, harini aku nak menulis sikit.

MH370. Masuk ke hari ini, dah 10 minggu kapal malang ni hilang. Semua orang tau ape tu MH370, bukan setakat Malaysia je, tapi satu dunia bercerita pasal missing plane ni. bukan la nak cerita ape sangat pun, cume aku pelik dan hairan, bagaimana kapal sebesar tu tak boleh dikesan langsung. Walaupun dengan adanya bantuan dari negara-negara yang terlebih maju, especially US la. Boeing tu made dari sana, tapi sekor pun dari diorg punya pakar tak boleh nak detect kat mana. Kalau dah kata berakhir di lautan hindi, kawasan pencarian punyalah ganas dan bukan mudah, tapi teknologi canggih US tak boleh jgk nak kesan kalau2 adanya wreckage kt dalam laut tu. Bagi akulah yang tak berapa nk cerdik ni, diorang semua tu seakan-akan bermain drama. Kalau dah boeing tu dari sana, mesti diorang ada kecanggihan sistem untuk detect barang buatan mereka. Seriously drama diorang kali ni memang real and extremely hebat. I'm so impressed! (wth!)

Pandai betul diorang buat drama swasta ni. Spekulasi tak perlu la aku nak cerita lagi. Macam-macam spekulasi keluar, dari versi A sampailah keversi Z. Yang tak ada versi pun banyak. Kalaunak tulis buku, dah boleh sangat dah. Tapi, mana yang betul, entah... masih menjadi tanda tanya.Dan tetiba, awal bulan ni pulak, Obama datang Malaysia. Otak aku yang tak berapa nak cerdik ni lagi la suspicious. Macam semacam jek tetiba datang visit 4 buah negara kat Asia ni. Padahal Malaysia ni celah gigi US jek. Sekali letup terus lenyap tanpa sejarah dah. Yang paling tak tahan pak Ajib gi selfie dgn Obama. (APTB)

Kenapa tetiba Obama buat lawatan kat Malaysia?? Sebab nak tunjuk atau pun nak hide something yang diorang dah buat (ape ye yang mereka dah buat??). Lu pikir lah sendiri... Sekadar mengaburi mata dunia yang kononnya die prihatin. Apakah? Aku rasa Malaysia sekecil  ni tak pernah pun termasuk dalam list lawatan Obama (US), tapi, mungkin ada cerita dimana orang2 politik je yang tau tetapi, kami2 orang tak bepolitik ni tak tau. Cerita konspirasi dunia. Aku takut akan terjadinya world war 3. OM Allah!! Subhanallah. Tak pernah terbayang dalam kotak fikiran aku sebelum ni, tapi...???

MH370, my prayer and thoughts will always be with you. I'm still hoping for a miracle to happen, Wallahualam.Sama-samalah kita berdoa pada Allah mohon perlindungan di dunia dan di akhirat. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. Amin.

Ya, mati itu pasti!